Banu Nadhir 

Banu Nadhir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Banu Nadhir @ Bani Nadir (Bahasa Arab: بنو النظير‎) merupakan segolongan puak daripada kaum Yahudi yang menetap di kawasan Lembah Hijaz berdekatan kota Madinah sehingga abad ke-7. Kawasan perkampungan mereka adalah terletak di Wadi Mudzaineb (terletak di tenggara kota suci Madinah Al Munawwarah. Jarak perkampungan itu terletak kira-kira 3.5 km dari Masjid Nabawi dan kira-kira 1 km dari Masjid Quba. Kini bekas tapak perkampungan itu sahaja masih tinggal tetapi masyarakat Yahudi Banu Nadhir sudah tiada.

Sejarah

Puak Banu Nadhir ini, pada awalnya terikat dengan perjanjian dengan kaum Muslimin Madinah, namun atas sikap mereka (Banu Nadhir) yang suka kepada permusuhan dan selalu mengingkari tali perjanjian mereka sudah beberapa kali cuba dan berusaha membunuh Nabi Muhammad SAW, tetapi kerja jahat mereka itu tidak berhasil dan menemui kegagalan.

Akhirnya, atas perintah Allah, Nabi Muhammad SAW telah menghalau dan mengusir mereka dari bumi Madinah, dengan sabda Rasulullah SAW:

“Keluarlah dari negeriku ini,dan janganlah engkau tinggal di dalamnya bersamaku, aku beri waktu sehingga sepuluh hari, jika masih ada yang terlihat di sini, maka ia akan dibunuh”. Tetapi kata-kata Rasulullah itu tidak diperendahkan sama sekali oleh puak Yahudi itu, selepas sepuluh hari mereka masih berdegil untuk keluar dari kota Madinah kerana percaya lasan pendudukan mereka di Kota Suci itu dipelihara oleh kaum Munafik.

Maka, Allah SWT telah menurunkan ayat kesebelas dari Surah Al-Hasyr yang memerintahkan untuk puak Banu Nadhir itu diusir serta merta dan pengharaman Khamr (arak). Dengan demikian, Nabi dan para tentera Muslimin telah keluar dan sekaligus mengarahkan semua pihak Banu Nadhir yang ingkar untuk diusir keluar ke Khaibar dan Syam. Tanah Banu Nadhir kemudian dibahagi-bahagikan kepada pihak Muhajirin yang belum mempunyai tanah.

Rujukan

  1. Buku Sejarah Madinah Munawwarah Bergambar, Penyunting Dr Muhammad Ilyas Abdul Ghani, Cetakan pertama 2005.
  2. Perihal Terkini Kota Suci Madinah Al Munawwarah.
Advertisements